Oct 21, 2010

3 Peringkat Pemprosesan Maklumat

Peringkat 1

Kenal pasti rangsangan – Rangsangan merujuk kepada semua jenis maklumat persekitaran yang diterima melalui reseptor sensori. Selepas reseptor sensori menerima rangsangan daripada persekitaran berbagai proses akan berlaku dalam sistem biologi. Dengan erti kata lain, peringkat pertama ini berperanan sebagai mentafsir maksud rangsangan yang wujud dalam persekitaran. Sebagai contoh, seorang pemain badminton yang menerima hantaran tinggi sebagai rangsangan dan akan mula bertindak untuk mematikan bola tersebut.

Peringkat 2

Pemilihan respon – peringkat kedua ialah pemilihan respon dan mempunyai pertalian yang bersepadu dengan peringkat pertama. Sekiranya peringkat pertama berperanan untuk mentafsirkan maksud sesuatu rangsangan maka peringkat kedua ini berperanan sebagai sistem yang menyediakan beberapa respon dan akan memilih respon yang terbaik dan releven dengan tafsiran rangsangan tersebut. Proses sistem biologi yang “mempersiapkan” keperluan untuk melakukan pergerakan yang dirancang. Sebagai contoh, sekiranya respon yang hendak dihasilkan ialah aksi menangkap, proses organisasi lakuan bertanggungjawab memastikan sistem-sistem yang bakal terlibat dengan aksi tersebut, contohnya otot tangan dan jari sudah “bersedia” untuk melakukan pergerakan tersebut

Peringkat 3

Pemprosesan respon – peringkat ini merupakan peringkat perlaksanaan pergerakan fizikal segala persiapan yang telah dilakukan diperingkat organisasi lakuan. Proses pelaksanaan lakuan adalah pergerakan yang dapat dilihat. Sebagai contoh, sekiranya seorang pemain badminton yang menerima hantaran bola tinggi sebagai rangsangan tadi maka lakuan yang tepat baginya akan membalas dengan pukulan smesy ke kawasan yang terbuka. Dalam peringkat ini juga, individu memperolehi pengalaman sensori daripada pengalaman yang telah dilakukan. Sebagai contoh, pengalaman sensori yang dimaksudkan ialah bentuk pergerakan yang dihasilkan dan perasaan yang dialami sama ada selesa atau tidak, sekiranya tidak selesa maka beberapa respon yang lain akan dilakukan sekiranya rangsangan yang sama diterima.

Oct 20, 2010

Maklumbalas (Lakuan Motor)

Proses maklumbalas.

Dari beberapa kajian, didapati bahawa adalah munasabah untuk membandingkan organisma manusia dengan komputer. Ini adalah kerana kedua-duanya menjalankan fungsi menerima data atau maklumat dari sumber-sumber yang berlainan melalui perlbagai organ. Kemudian data-data itu akan direkod, disimpan dan diinterpretasikan. Data yang disimpan dan yang telah diinterpretasikan bersama data tambahan yang diterima akan digunakan untuk menggerak atau menyebabkan berlakunya tingkahlaku yang akan mempengaruhi dan memberi panduan kepada semua kegiatan organan. Data-data yang sedang dimasukkan akan menjalankan fungsi membuat pembetulan atau pengubahsuaian ke atas tingkahlaku dan pemikiran manusia. Proses menerima data, memuat interpretasi dan menyebabkan pengubahsuaian ke atas tingkahlaku ini dikenali sebagai maklumbalas atau feedback.

Dalam proses maklumbalas ini, sebarang pergerakan sukarela bermula dengan persepsi di mana objek atau peristiwa dikaitkan dengan yang lepas dan direkodkan di dalam otak. Apabila berbagai-bagai jenis pergerakan berlaku, kedua-dua tindakan pantulan dan sukarela saraf dirangsang akan membesar, mengembang dan membuat perhubungan yang baru. Apbila jalan baru itu ditamatkan maklumbalas bertambah dari organ penerima deria (reseptor) kepada sistem saraf pusat. Ini akan mendorong kepada berbagai-bagai pergerakan yang lebih rumit yang dapat merangsakan penerima deria dan sistem saraf. Maklumbalas ini akan berlaku dan ia merupakan satu motivasi mendorong individu melakukan proses persepsi selanjutnya seperti yang digambarkan pada rajah.

Mekanisma maklum balas ini adalah sesuai untuk menyempurnakan kemahiran motor dalam pendidikan jasmani supaya seseorang itu dapat memperoleh maklumat teknik kemahiran untuk melengkapkan tindakannya. Dengan kata lain , untuk memperoleh kemahiran, seorang individu mesti berupaya membandingkan pendapaian atau tingkahlakunya dengan satu matlamat yang khusus yang telah ditetapkan supaya dia dapat memajukan dirinya dalam proses pencapaian matlamat itu.

Maklumbalas dapat dihasilkan dalam dua bentuk maklumat, iaitu satu dikenali sebagai pengetahuan prestasi (KP) dan satu lagi sebagai pengetahuan keputusan (KR). Mengikut Bourne, maklum balas merupakan sejenis isyarat yang menunjukkan kebetulan,ketepatan dan kesesuaian sesuatu tindakan semasa dan selepas tindakan itu berlaku. Ia cuba memberi petunjuk mengenai pencapaian sesuatu tindakan atau tingkah laku yang telah berlaku. Contohnya, andaikan seseorang pemain tennis cuba membuat servis. Setelah reketnya menyentuh bola pemain tersebut dengan serta merta menerima maklumat dari pancaindera mata mengenai kebetulan dari tindakan pukulan servis itu (iaitu sama ada bola itu terjatuh dalam gelanggang atau tidak), jenis maklumat ini dikenali sebagai pengetahuan keputusan (KR). Disamping itu, jurulatih pemain tersebut mungkin sedang memerhatikan latihan yang sedang dijalankan dan mungkin akan membekalkan maklumat mengenai teknik-teknik yang betul untuk melakukan tindakan servis itu, jurulatih itu mungkin akan menyatakan bahawa “anda telah membengkokkan tangan semasa memukul bola” ini merupakan pengetahuan yang kritikal (KP) untuk tujuan memajukan kemahiran pemain-pemain.

kembali semula

Syukur Alhamdulillah..berkat doa dan harapan kawan-kawan semua maka saya dapatlah kembali untuk meneruskan perjuangan sebagai seorang pelajar. Tangan kiri yang kurang digunakan akibat luka yang agak teruk menyebabkan blog ini tidak dapat diupdate untuk beberapa hari. Namun saya kembali lagi bagi terus memberikan maklumat-maklumat yang berguna untuk anda semua.
saya harap anda semua terus untuk bersama menyokong kami di blog ini. Anda juga boleh menykong dengan meng 'klik' iklan yang comel tu heheheh..

Ok lah, anda semua tunggu saja perkembangan blog ini dari semasa ke semasa yer. Kalau ada nota yang anda inginkan request dengan saya. Saya akan cuba untuk cari untuk anda.

Oct 14, 2010

No Update for several days!!

Untuk perhatian semua kawan-kawan. Blog ini tidak akan di update untuk beberapa hari berikutan saya menerima tamparan hebat dengan terlibat dengan kemalangan pada 13hb Okt 2010 bersama-sama dengan teman sebilik. Saya mengharapkan doa kalian semua untuk cepat sembuh agar saya dapat kembali dengan post-post nota untuk Pendidikan Jasmani.

Namun sekiranya ada yang ingin meminta nota daripada saya, boleh la menghantar email dan sekiranya saya dibeikan kekuatan akan saya balas email tersebut.

Oct 12, 2010

Kadar Nadi.

Ramai yang masih keliru dengan Kadar Nadi Latihan, Kadar Nadi Maksimum dan Kadar Nadi rehat. Oleh sebab itu, saya memuatkan beberapa perkara yang perlu menjadi perhatian kita semua bagi menambahkan sedikit pengetahuan berkenaan Kadar Nadi ini.

Seperti yang sedia maklum seseorang individu yang bersenam perlu mengikut prinsip-prinsip senaman. Dalam bersenam, satu perkara yang mejadi penanda aras tahap senaman yang bermutu ialah, sesuatu senaman itu perlu dilakukan dengan penuh bersungguh-sungguh dan cukup lasak sehinggakan kita bernafas dengan kuat tetapi tidak semput dan tercungap-cungap. Sekiranya kita melakukan ini, kita akan meningkatkan kadar denyutan nadi kita antara 120-150dsm. Nilai ini adalah bersamaan dengan 60%-85% keupayaan maksimum anda. Barikut merupakan istilah-istilah yang ada dalam aktiviti mengambil kadar nadi:

· KNM = Kadar Nadi Maksimum (denyutan maksimum nadi bagi seseorang)

= formula : 220 – umur

· KNR = Kadar nadi rehat (denyutan nadi semasa berehat)

· KNL = Kadar Nadi Latihan (denyutan nadi untuk memulakann latihan)

= KNR + 60% (KNM – KNR)

Contohnya:

Umur = 40 tahun

Kadar Nadi rehat = 60bpm

KNL = KNR + 60% (KNM – KNR)

= 60 + 60% (180-60)

= 60 + 60% X 120

= 60 + 72

= 132 denyutan/minit

Berbagai formula yang digunakan untuk menganggarkan KNM individu berdasarkan umur, tetapi KNM bervariasi secara signifikan antara individu. Bahkan di dalam satu pasukan sukan elit, seperti pendayung Olimpik berusia 20-an, KNM boleh bervariasi dari 160 kepada 220. Kepelbagaian ini sebanyak 60 atau 90 tahun perbezaan usia dengan persamaan linear yang diberikan di bawah ini, dan menunjukkan variasi yang ekstrim tentang angka rata-rata ini. Rumus yang paling umum ditemui ialah KNM = 220 – umur.

Formula khas ini tidak dianggap sebagai indikator KNM yang baik oleh profesional kesihatan dan kecergasan yang terkenal. Kajian selama dua dekad menunjukkan bahawa rumus ini mempunyai kesilapan/kekeliruan yang inheren iaitu (Sxy = 7-11b/minit). Akibatnya, ia dianggap sebagai tidak mempunyai ketepatan mahupun merit saintifik untuk digunakan untuk fisiologi latihan dan bidang-bidang berkaitan. Kajian pada tahun 2002 daripada 43 formula yang berbeza untuk KNM termasuk di atas menyimpulkan sebagai berikut:

Rumus yang dianggap paling diterima adalah :

HR max = 205.8 - (0.685 × umur)

(Rumus ini ditemui memiliki standard deviasi, walaupun memiliki (6.4dpm), tetapi masih dianggap boleh diterima untuk kegunaan latihan.)

Sering dikutip rumus lain adalah:

HR max = 206.3 − (0.711 × age) HR max = 206.3 - (0.711 × usia)

(Kerap dihubungkan dengan "Londeree dan Moeschberger daripada University of Missouri-Columbia")

HR max = 217 − (0.85 × age) HR max = 217 - (0.85 × usia)

(Kerap dikaitkan dengan "Miller et al. Dari Indiana University")

HR max = 208 − (0.7 × age) HR max = 208 - (0.7 × usia)

(Lain "tweak" rumus tradisional dikenali sebagai kaedah Tanaka. Berdasarkan penelitian terhadap ribuan orang, suatu formula baru disusun yang diyakini lebih tepat. Angka-angka ini sangat berhampiran dan ia bergantung kepada sistem fisiologi dan kecergasan seseorang)

Oct 10, 2010

sukatan, huraian dan pemetaan PJ

Sesungguhnya, ramai yang masih tidak faham apakah kaitan antara setiap tunjang Pendidikan Jasmani dengan Sukatan PJ, Huraian sukatan dan pemetaan itu sendiri. Oleh itu, marilah kita sama-sama membincangkan hasil dapatan saya sepanjang belajar Pendidikan Jasmani.

Definisi dan konsep Pendidikan Jasmani

Pendidikan melalui jasmani di mana banyak daripada objektif pendidikan dicapai menerusi aktiviti-aktiviti jasmani yang melibatkan otot-otot dan sendi. Ia merupakan program kegiatan fizikal yang berpusatkan sekolah di mana kemahiran dalam sukan, tarian dan latihan lazimnya diajar dan dilatih. Ada pula definisi yang mengatakan pendidikan jasmani meliputi aktiviti-aktiviti tersebut yang bukan berpusatkan sekolah, misalnya yang diadakan oleh pusat komuniti, persatuan belia dan sebagainya. Komponen utamanya adalah aktiviti-aktiviti tertentu yang direka untuk pembelajaran.

Namun secara menyeluruh Pendidikan Jasmani adalah proses pendidikan yang memanfaatkan aktiviti jasmani yang direncanakan secara sistematik bertujuan untuk mengembangkan dan meningkatkan individu secara organik, neuromuskuler, perseptual, kognitif, dan emosional, dalam kerangka sistem pendidikan kebangsaan. Pada dasarnya pendidikan jasmani merupakan bahagian integral dari sistem pendidikan secara keseluruhan. Bertujuan untuk mengembangkan kesihatan, kesegaran jasmani, penampilan berfikir secara kreatif dan kritis, stabiliti emosi, keterampilan dalam bersosial, tindakan dan tingkah laku moral melalui aktiviti jasmani.

Pettior (1999) berpendapat bahawa Pendidikan Jasmani menyediakan kanak-kanak untuk mengamalkan hidup aktif dan sihat dengan menyediakan skop pengalaman-pengalaman pembelajaran yang rapi dan berturutan. Beliau menegaskan bahawa pengalaman tersebut seharusnya dapat meningkatkan pembangunan dan penguasaan kemahiran motor, kecergasan dan pengetahuan berasaskan kesihatan dalam menjadi aktif dan mengapresiasikan faedah aktiviti fizikal.

Pendidikan Jasmani meliputi satu bidang yang sangat luas dan tidak hanya terbatas kepada pengalaman dalam pengajaran dan pembelajaran semata-mata yang diperoleh daripada kegiatan di padang sekolah sahaja. Tetapi boleh dikatakan bahawa kegiatan yang tersusun dan melibatkan usaha jasmani dan mempunyai unsur-unsur pendidikan dapat digolongkan dalam bidang Pendidikan Jasmani.

Fokus Pendidikan Jasmani tidak hanya tertumpu pada aktiviti fizikal tanpa melibatkan sebarang penglibatan emosi dan sosial. Dalam memenuhi perkembangan naluri kanak-kanak yang suka dengan keseronokan maka pendekatan permainan yang dikembangkan oleh Bunker and Thorpe (1982) meletakkan murid berada dalam situasi permainan yang sebenar yang mana taktik, membuat keputusan, penyelesaian masalah dan kemahiran turut dikembangkan dalam masa yang sama. Banyak kajian yang berkaitan turut dikembangkan antaranya ialah ‘Game Sense’ (den Duyn, 1997), ‘Games for Understanding’ (Bunker & Thorpe, 1982), ‘Play Practice’ (Launder, 2001) dan ‘Games Concept Approach’ (Wright, Fry, McNeil, Tan, Tan & Schemp, 2001, cited in Light 2003).

Oleh itu, Pendidikan Jasmani seharusnya membekalkan ruang untuk membentuk “kanak-kanak” yang mantap secara menyeluruh (whole child) yang mengambil kira pembangunan aspek-aspek psikomotor, kognitif dan afektif.

Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani

Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani memberikan gambaran menyeluruh tentang kurikulum Pendidikan Jasmani. Sukatan Pelajaran ini merangkumi matlamat, objektif dan Organisasi kandungan merangkumi kemahiran berfikir, nilai-nilai murni, strategi pengajaran dan pembelajaran, penilaian dan kandungan sukatan pelajaran yang membincangkan tiga tunjang pembelajaran iaitu kecergasan, kemahiran dan kesukanan. Sukatan pelajaran juga merupakan satu dokumen yang memberi panduan tentang skop dan kandungan mata pelajaran Pendidikan Jasmani bagi membantu guru-guru merancang pengajaran dan pembelajaran mereka.

Dalam erti kata lain, Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani merupakan platform pertama dalam merealisasikan matlamat Falsafah Pendidikan Jasmani dan Kurikulum Pendidikan Jasmani. Kandungan pelajaran yang terdapat did alam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani KBSR menekankan keupayaan dan perkembangan murid yang cergas dan aktif.

Penyusunan kandungan pelajaran Pendidikan Jasmani mengambil kira prinsip-prinsip perkembangan kurikulum itu sendiri. Penyusunan ini merangkumi prinsip pengulangan (repetition), kesepaduan (integration), ansur maju (progression), skop (scope) dan turutan (sequencing).

Prinsip pengulangan menyatakan bahawa ketiga-tiga tunjang adalah berulang dari tahun1 – 6. Manakala dalam kesepaduan pengajaran bagi semua pelajaran perlu mengambil kira konsep bersepadu yang merentasi kurikulum. Dua konsep utamanya ialah “intra” dan “inter”. “intra” ialah komponen utama yang terkandung di dalam Pendidikan Jasmani itu sendiri manakala “inter” pula ialah integrasi dengan pelajaran lain seperti seni dan muzik. Prinsip Ansur maju pula membincangkan susunan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani yang mengambil kira keutamaan topik bermula dengan yang mudah beransur menjadi kompleks. Penyusunan ini mengambil kira faktor perkembangan murid. Skop pula menggariskan ruang lingkup pengajaran itu boleh berlaku atau disampaikan oleh murid kepada guru. Prinsip turutan pula merupakan faktor yang menyebabkan sesuatu sukatan itu berlaku dalam turutan yang betul dan sentiasa berkesinambungan.

Dalam sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani, terdapat objektif yang dibincangkan mengikut tahun. Objektif ini diulang-ulang aspek kesepaduannya, ansur maju, skop dan turutan. Mengambil objektif am pelajaran bagi tahun 1 hingga 4, objektif am dalam tahun tersebut secara keseluruhannya mensasarkan murid-murid dapat melakukan aktiviti asas yang signifikan dengan perkembangan mereka. Apabila pembentukan kemahiran dan pengetahuan asas ini telah dibentuk maka mudahlah murid-murid tersebut melakukan aksi yang seterusnya yang lebih sukar dan pada tahap yang lebih tinggi. Manakala pada tahun 5, perbezaan dapat dilihat melalui objektif am yang digariskan. Objektif am tersebut mengkehendaki murid untuk mula mengaplikasikan kemahiran asas yang dipelajari dan dapat menggabungkan dua dan lebih kemahiran dalam satu-satu masa. Objektif am bagi tahun 6 pula menggariskan satu pencapaian bagi kemahiran asas pada peringkat rendah. Dalam objektif ini, sukatan mensasarkan murid sudah boleh mengaplikasikan semua kemahiran permainan, olahraga dan gimnastik dengan betul dan selamat. Penekanan aspek sosial dan pergaulan turut ingin dicapai termasuklah pengetahuan terhadap nilai dan peraturan dalam masyarakat.

Huraian sukatan pelajaran

Huraian sukatan pelajaran merupakan satu dokumen yang telah memperincikan dan menjelaskan dengan lebih lanjut sebarang maklumat yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran. Dalam dokumen ini, guru diminta untuk menjadi seorang yang kreatif dan bijak dalam memilih, mengolah dan menyusun aktiviti yang bersesuaian dengan murid. Guru boleh menambah tajuk di mana-mana yang perlu mengikut kesesuaian sekolah, murid dan persekitaran. Huraian sukatan ini hanya sekadar panduan kepada para guru untuk merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran secara lebih berkesan dan terbaik.

Kandungan dalam Huraian Sukatan Pelajaran berbeza dengan apa yang terkandung di dalam Sukatan Pelajaran. Perkara yang jelas berbeza ialah huraian sukatan mengandungi perincian terhadap objektif am kurikulum Pendidikan Jasmani untuk sekolah rendah. Dalam hasil pembelajaran huraian sukatan pelajaran terdapat tiga aras yang perlu dikuasai oleh murid. Aras pertama adalah aras yang mudah dan perlu dikuasai oleh murid. Bagi murid yang berkeupayaan dan berkebolehan adalah digalakkan untuk menguasai aras 2 dan aras 3.

Dalam huraian sukatan pengagihan masa bagi setiap tajuk dalam sesuatu tunjang pada setiap tahap adalah berkait rapat dengan perkembangan umur dan kemahiran motor murid. Pembahagian tajuk ini adalah sangat bersesuaian dan tidak melanggar aturan perkembangan mereka. Berikut merupakan klasifikasi pembahagian komponen tajuk-tajuk dalam Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani mengikut tahap.

Tunjang 1 : Kecergasan merupakan suatu tunjang yang membincangkan keupayaan murid melakukan aktiviti secara berterusan tanpa merasa letih dan lesu. Tumpuan dan yang khusus pada tunjang ini ialah komponen kesihatan dan komponen motor. Dalam tunjang kecergasan ini tidak semua aspek kesihatan fizikal diajarkan kepada murid. Terdapat beberapa tajuk yang tidak diajar kepada murid. Tajuk daya tahan otot dan kekuatan otot tidak diajarkan kepada murid tahun satu sehinggalah murid tahun tiga adalah mengambil kira faktor murid masih lagi lemah dari segi pembinaan otot kerana pada masa kini tisu otot dan tisu tulang. Pada masa kini, pembentukan sel tulang matang (osteosit) hasil daripada pemerangkapan fiber dan mineral oleh sel pembentuk tulang (osteoblast) sedang aktif berlaku. Oleh itu, aktiviti yang terlalu berat akan mengganggu proses pembentukan tulang ini. Berbanding murid di tahap 2, perkembangan tulang dan otot mereka adalah lebih matang sedikit daripada murid tahap 1. Dengan sokongan daripada aktiviti-aktiviti fizikal yang dijalankan, maka proses pembentukan tulang dan otot tidak akan diganggu. Malah otot dan tulang akan dilatih untuk menjadi lebih kuat dan matang. Sebagai contoh murid tahap 2 talah mula diberikan dengan tugasan aktiviti-aktiviti yang berperingkat berdasarkan umur.

Tajuk-tajuk Daya tahan kardiovaskular, kelenturan, koordinasi, imbangan dan ketangkasan merupakan tajuk yang diajar kepada murid tahap 1 sehingga ke tahap 2. Hal ini kerana, komponen tajuk ini membantu murid dalam proses perkembangan mereka. Perkembangan otot kardiak dan tisu otot perlu di bantu melalui latihan/ aktiviti yang boleh membantu seperti latihan aerobik bagi daya tahan kardiovaskular dan aktiviti seperti dirian Y, imbangan bangau, lentik kucing dan lari ulang-alik pula boleh membantu aspek imbangan, koordinasi dan ketangkasan. Komposisi badan pula diterapkan semasa tahun 6 kerana murid-murid tahun 6 sudah memiliki tubuh badan yang matang dan perlu dibentuk. Pada peringkat ini kesesuaian sukan yang diceburi juga berkaitan dengan anggota tubuh yang dimiliki. Masalah kegemukan juga dapat diatasi.

Tunjang 2 (kemahiran) pula merupakan tunjang yang membincangkan dan menitikberatkan keupayaan murid melakukan kemahiran daripada aspek pergerakan otot besar dan oto halus. Dalam tunjang kemahiran ini, tajuk-tajuk yang disentuh ialah kemahiran asas dalam permainan, olahraga, gimnastik, pergerakan kreatif dan rekreasi. Tahap 1 hanya mempelajari pergerakan asas, gimnastik dan pergerakan kreatif. Komponen tajuk ini sebenarnya satu signifikan daripada tajuk yang diajar di tunjang 1. Sebagai contoh, tajuk kelenturan dan koordinasi merupakan tajuk yang signifikan untuk murid belajar pergerakan kreatif, pergerakan asas dan gimnastik di tunjang 2. Oleh itu, pengalaman pembelajaran murid tidak akan mengganggu pembelajaran sedia ada mereka. Manakala permainan dan olahraga pula akan diajarkan kepada murid di tahap 2 kerana murid perlu diberikan tapak yang kukuh untuk mempelajari kemahiran olahraga dan permainan. Contohnya, dalam permainan bola baling, kemahiran memanipulasikan alatan seperti menyambut, membaling, berlari dan lain-lain lagi bermula daripada lakuan pergerakan asas lokomotor dan bukan lokomotor. Oleh itu, sekiranya kemahiran pergerakan asas telah diajarkan pada tahap 1, tiada masalah untuk mengajarkan kemahiran asas permainan dan olahraga.

Tunjang 3 pula membincangkan kefahaman dan pengetahuan bagi mengukuhkan amalan pendidikan jasmani dan sukan dalam kehidupan murid sebagai ahli dalam masyarakat. Tumpuan diberi kepada aspek keselamatan, pengurusan, kerjaya, etika dan isu-isu dalam pendidikan jasmani dan sukan. Isu-isu dalam Pendidikan Jasmani dan sukan dan etika dalam sukan tidak diajar di tahap 2 kerana tahap 1 masih muda dan mentah untuk menerima maklumat yang banyak dan susah. Penekanan pada peringkat sekolah rendah juga tidak terlalu ketat, memadai sekadar untuk menjadi pengetahuan asas murid semasa bersukan nanti.

Pemetaan Pendidikan Jasmani

Membincangkan berkaitan dengan pemetaan huraian sukatan pelajaran pendidikan jasmani pula tidak terlalu sukar. Pemetaan pada saya ialah satu dokumen ringkas daripada dokumen huraian sukatan pelajaran pendidikan jasmani. Kandungan pemetaan adalah lebih ringkas daripada huraian adalah kerana pemetaan tidak mengandungi hasil pembelajaran seperti yang terdapat di dalam huraian sukatan pelajaran. Ia hanya mengandungi tajuk dan cadangan aktiviti yang boleh dilakukan.

Agihan waktu mengajar Pendidikan Jasmani tahap 1 dan juga tahap 2 juga berbeza. Agihan tahap 1 lebih banyak berbanding tahap 2. Pada pengaruh-pengaruh semasa yang menyebabkan keadaan ini berlaku. Faktor utama ialah murid-murid di tahap 1 harus diberikan asas sekukuh dan seteguh yang mungkin agar lebih mudah baginya mempelajari kemahiran-kemahiran di tahap 2. Oleh sebab itu masa yang lebih perlu diberikan kepada murid-murid tahap 1. Oleh sebab itu, murid di tahap 1 diberikan masa 30 jam belajar pergerakan asas di tahap 1 setiap tahun. Selain faktor itu, faktor luaran yang mempengaruhi perbezaan waktu mengajar ialah penambahan mata pelajaran lain di tahap 2. Sekiranya di tahap 1, mata pelajarannya adalah lebih sedikit berbanding dengan tahap 2 iaitu dengan penambahan mata pelajaran seperti Sains dan Kajian Tempatan. Oleh itu perbezaan 84 jam di tahap 1 dan 60 jam di tahap 2 adalah di pengaruhi oleh banyak perkara.