Feb 24, 2009

Prolog..Suatu permulaan..

Asslamualaikum..
selamat sejahtera...
syukur dengan limpah rahmat dan kurnia-Nya, maka blog kelas PISMP Pendidikan Jasmani Semester satu Ambilan Januari 2009 telah tercipta. Tujuan utama Blog ini diwujudkan adalah untuk berkongsi maklumat dengan sesiapa sahaja berkenaan dengan tugasan, maklumat KKBI dan juga maklumat-maklumat lain berkenaan dengan Pendidikan Jasmani dan Sains Sukan.
Sebagai Permulaan ini saya akan memperkenalkan siapakah dia Hyper-X itu. Hyper-X merupakan nama kelas kami yang telah dipersetujui oleh ahli kelas kami. Kami terdiri daripada 20 orang pada pemulaan pendaftaran iaitu 16.07.07 (masa tu masih PPISMP lagi) namun pada semester ke-3 seorang pelajar yang telah dipindahkan dari IPGM Kampus Kent ke IPGM Kampus Gaya ke kelas kami. Dengan adanya penambahan ini, maka Hyper-X telah bertambah lagi seorang ahli dan kini kami telah berjumlah 21 orang. Semasa persediaan dahulu opsyen kami adalah PJ/BI/BM dan kini kami telah berada di peringkat ijazah dalam pengkhususan Pendidikan Jasmani. Hyper-X membawa banyak makna dan itu akan diceritakan pada entry seterusnya. cukuplah entry kali ini sekadar suatu permulaan kearah menjadikan kami satu Opsyen yang progresif berdiri teguh di bawah naungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Jasmani dan tidak lupa prinsip dan moto Hyper-X...

No comments:

Post a Comment

Komen anda membina kami