Mar 1, 2009

Ekspedisi Menawan Puncak KInabalu PPISMP PJ/BI/BM sem 3 ambilan Julai 07




Kali ini Hyper-X akan menceritakan serba sedikit aktiviti kami selama Foundation dulu. Aktiviti terbesar kami selama Foundation ialah Mendaki Gunung Tertinggi di Asia Tenggara, Gunung Kinabalu. Perancangan selama setahun setengah, akhirnya termakbul apabila pada 15 November 2008 kami telah bertolak dari IPGM ke Gunung Kinabalu dengan membawa satu impian iaitu menawan puncak tertinggi di Asia Tenggara. Peserta terdiri daripada 21 orang pelajar dan 5 orang pensyarah PJK dan seorang Ustaz dari JAPIM. Namun demikian, tidak semua pensyarah turut serta di dalam Pendakian hanya 3 orang pensyarah yang turut serta manakala 3 lagi hanya menanti kami di bawah sahaja. Pendakian yang memakan masa lebih kurang 7 jam untuk sampai ke Laban Rata, tetapi bagi mereka yang mempunyai ketahanan kardio dan otot yang baik, mungkin akan sampai kurang dari 5 jam. Tiba di Laban Rata, kami perlu berehat umtuk 'cas' balik tenaga yang holang. Laban Rata merupakan tempat untuk berehat bagi semua pendaki. Di sini terdapat Kafe yang menyediakan makanan dan tempat tinggal. Pada malam itu, kami semua mengambil kesempatan untuk berehat secukupnya kerana kami perlu bangun awal, seawal 2.30 pagi untuk meneruskan pendakian ke Puncak Gunung Kinabalu. Berjalan dalam Kegelapan dan ditambah dengan kesejukan Gunung benar-benar menguji mental dan fizikal, namun keazaman untuk menawan gunung tersebut melebihi segala-galanya.
Gunting Lagadan merupakan nama seseorang yang tertera di papan tanda di puncak gunung kinabalu dan papan tanda tersebut juga menjadi penanda aras bahawa itu merupakan puncak gunung tersebut. Kumpulan pertama samapi ke puncak Gunung Kinabalu pada hari itu merupakan Kumpulan kami dan barulah diikuti oleh kumpulan pelancong yang lain hehehehe....(bangga sikit) namun itu bukan persolannya, apa yang penting ialah kemanisan utnuk sampai ke puncak gunung kinabalu tersebut walaupun terpaksa berjalan perlahan-lahan. Apa-apa pun kami HYPER-X telah berjaya sampai ke puncak Gunung Kinabalu menerusi EKSPEDISI MENAWAN PUNCAK KINABALU. Jutaan terima Kasih kepada semua yang telah bersusah payah merealisasikan Pendakian ini, sekalung budi buat Desmond Fong yang paling banyak mengorbankan masa untuk menguruskan proses memohon pendakian. Tidak dilupakan kepada En. Raymie A. Bakar Tutor kami semasa Foundation (Coach Rayzamsyah ni, jgn main2) kerana tanpa beliau mungkin kami tidak dapat melakukan sebarang kerja untuk menjayakannya. Ketua Jabatan PJK juga tidak dilupakan kerana memabantu dalam membawa usul dan kerta kerja kami kepada Puan Pengarah dan PALING last, kepada semua rakan-rakan yang sentiasa berada dalam kesusahan dan kesenangan. Diharapkan kita akan sentiasa dalam kesatuan kerana hanya denganc cara itu kita mampu untuk menawan apa-saja kejayaan untuk Opsyen kta. Lupakan segala sengketa dan Fokus pada Projek Kedua KIta ok???
Ekspedisi Mengharungi Sungai Padas...kita pegi Rafting plak kali ne ok...

No comments:

Post a Comment

Komen anda membina kami