Definisi: 
Pertolongan segera yang diberikan kepada pesakit dengan tidak mengira bangsa atau keturunan sebelum mendapat rawatan dari doktor atau pihak hospital. 
Prinsip-prinsip pertolongan cemas: 
- Menyelamatakan      nyawa 
 - Mengurangkan      kesakitan 
 - Mengelakkan      daripada keadaan bertambah teruk 
 - Mendapat      bantuan doktor atau menghantar pesakit ke hospital 
 
Peraturan Am Pertolongan cemas: 
- Memberi      pertolongan kepada mangsa yang cedera teruk dahulu. 
 - Keutamaan      kepada mangsa yang tidak sedar - menjaga, terutamanya pernafasan pesakit      itu 
 - Jangan      sekali-kali menanggalkan pakaian mangsa hanya sekadar melonggarkannya
sahaja dgn tujuan untuk memudahkan pernafasan mangsa dan pembantu mula
memerhatikan pergerakan pernafasan mangsa. - Membuat      pengurusan bagi menghantar mangsa ke hospital. 
 
Tindakan serta merta pertolongan cemas: 
- Menentukan      pernafasan mangsa berkeadaan baik. 
 - Memberikan      rawatan renjatan dengan segera. 
 - Cuba memberhentikan darah jika mangsa      berdarah. 
 - Memberikan      rawatan yang rapi dan sempurna .
 
  Arahan am untuk memberi rawatan bantu mula: 
Bertindak dengan cepat dan tenang.  Dapatkan bantuan orang yang berhampiran untuk membuat panggilan ke polis, ambulans, keluarga dll. 
Bertindak berdasar DRABC [Danger Response Airways Breathing Circulation] iaitu: 
- Keluarkan      mangsa dari kawasan yang merbahaya [D] 
 - Pastikan      mangsa bertindakbalas dengan memanggil mangsa atau bertanya dengannya jika      mangsa sedar. [R] 
 - Pastikan      mulut dan hidung mangsa tidak tertutup atau tersembut - jika ada keluarkan      dan letakkan mangsa dalam kedudukan yang selesa [A] 
 - Pastikan      mangsa bernafas dan jika tidak, lakukan EAR - External Air Resuscitation      [B] 
 - Pastikan nadi mangsa berfungsi  - semak di nadi karotid atau di leher [C], jika tidak lakukan CPR [Cardio Pulmponary Resuscitation].
 
Teknik-Teknik RAWATAN Pertolongan Cemas
Luka/Pendarahan 
1.    Tekan kawasan yang berdarah dengan kain yang bersih sehingga pendarahan berhenti [darah membeku] 
2.    Jika darah masih mengalir balut kawasan yang berdarah atau tambahkan tekanan ke atas kawasan yang luka 
3.    Pastikan kawasan yang cedera berada dalam keadaan yang lebih tinggi dari jantung dan otak. Praktikkan teknik RICE. 
4.    Tenangkan mangsa. 
5.    Hantar mangsa dengan segera ke hospital. 
Keracunan 
Tanda-tanda: 
- maklumat      dari mangsa 
 - mangsa      sakit dengan tiba-tiba 
 - kesan      terbakar di sekeliling mulut atau bibir 
 - anak mata      menguncup ke saiz mata jarum peniti.
 
  Rawatan: 
1.    Larutkan racun dengan memberi segelas air atau susu jika mangsa sedar dan tiada tanda-tanda sawan.  JANGAN beri minuman jika mangsa muntah. 
2.    Simpan bekas racun bagi tujuan analisis. 
3.    Segera hubungi hospital 
4.    Jangan cuba meneutralkan racun tersebut dengan cuka atau air limau 
Terkejut 
Tanda-tanda: 
- badan      berpeluh 
 - pucat 
 - rasa nak      pengsan 
 - resah 
 - nafas      kerap tapi tipis 
 - kadar nadi      bertambah tapi lemah
 
  Rawatan 
- Baringkan      mangsa 
 - Lembabkan      bibir mangsa dengan air jika ia dahaga 
 - Jika tidak      sedar, baringkan dalam posisi 'recovery' 
 - Jika      sedar, baringkan secara terlentang dengan muka dipusing ke tepi dan kaki      ditinggikan 
 - Selimutkan      jika suhu badan menurun 
 - Segera hantar ke hospital 
 
  Terbakar 
Klasifikasi terbakar
1.    First Degree - dipermukaan kulit sahaja
        a. Kemerah-merahan atau hilang warna
        b. bengkak sedikit dan rasa sakit
        c. cepat sembuh 
2.    Second Degree - melibatkan hujung-hujung saraf
        a. merah
        b. ada tanda-tanda gelembung [blisters]
        c. bengkak yang nyata [beberapa hari]
        d. kulit basah akibat lelehan plasma yang keluar dari lapisan kulit yang rosak. 
3.    Third Degree
        a. kerosakan tisu lebih dalam
        b. kemusnahan pada lapisan kulit luar
        c. tisu-tisu dalam dapat dilihat. 
Important!!!!  Orang dewasa yang 15% permukaan badan dan kanak-kanak 10% permukaan badan terbakar perlu dimasukkan ke hospital 
Rawatan 
- Sejukkan      dengan serta merta dengan air sejuk 
 - tutup      bahagian yang terbakar dengan air bersih 
 - baringkan      mangsa 
 - jangan      gerakkan bahagian yang terbakar 
 - beri      minuman sedikit bagi mangsa yang sedar 
 - hantar      segera ke hospital
 
Melecur 
Rawatan 
- sejukkan      dengan air sejuk 
 - jika baju      tidak melekat pada kulit dan masih lembab, tanggalkan pakaian 
 
  Kejutan Elektrik 
- putuskan      hubungan elektrik 
 - periksa      pernafasan, beri pemulihan pernafasan [EAR] jika pernafasan mangsa      terhenti 
 - rawat bagi      terbakar jika ada
 
  Terseliuh [dislocation]
Kecederaan di bahagian sendi akibat daya dari luar yang kuat menyebabkan ligamen tertarik atau koyak. Kawasan kecederaan biasa di pergelangan tangan atau kaki serta lutut. 
Rawatan:   RICE 
- Rehatkan      kawasan yang cedera [Rest] 
 - Letakkan      ais yang telah dibungkus didalam kain ke tempat cedera [Ice] 
 - Balut      tempat yang cedera [Compression] 
 - Tinggikan      tempat cedera dari paras jantung [Elevation] 
 - Hantar ke      hospital 
 
Ketegangan Otot
Kecederaan apada otot akibat terregang berlebihan, akibat terlebih guna atau mengangkat benda yang berat.  Tanda dan alamat - sakit yang tajam di tempat cedera dan diikuti dengan bengkak. 
Rawatan:   RICE 
Terkehel
Kecederaan di sendi yang melibatkan tulang terkeluar dari kedudukan asalnya.  Biasanya di bahu, siku, jari dan rahang.  Terkehel mungkin diikuti dengan patah tulang.  Tanda-tanda: Sakit tidak boleh menggerakkan bahagian yang cedera, cacat bentuk anggota tersebut. 
Rawatan:
1.    Berikan rawatan renjatan.
2.    Jangan sekali-kali cuba memasukkan sendi yang terkeluar itu ke tempat asal.
3.    Jangan lakukan banyak pergerakan.
4.    Balut dengan  padding atau anduh di tempat yang cedera.
5.     Hantar segera ke hospital.
terima kasih kerana sudi membaca..jgn lupa komen k..?
No comments:
Post a Comment
Komen anda membina kami